Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

6 Okt 2015 – Satu majlis khas telah dianjurkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di bawah program Wakaf Prihatin termasuklah masyarakat Orang Asli.Program ini merupakan penajaan bersama di antara YWM, CIMB Islamik Bank Berhad dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Manakala rakan strategik YWM bagi program ini adalah Majlis Agama Islam Negeri danJabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

  

Bertempat di Perkampungan Orang Asli LubukLegong, Baling, Kedah, YWM meneruskan menyantuni masyarakat Orang Asli. Seramai 76 buah keluarga masyarakat Orang Asli dijemput bagi menerima bantuan sumbangan mesra. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia bin Husin, Eksekutif Kanan Pemasaran dan Penyelarasan YWM, Tuan Haji Razali Khamis,Pegawai Daerah JAKOA Daerah Hulu Perak dan Baling,serta dua Pegawai Hal Ehwal Islam,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Encik Nasaruddin Jalaluddin dan Ustazah Rohana. Program ini turut dihadiri oleh Encik Kamal Din selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung LubukLegong.

  

Program yang berlangsung selama satu jam ini bertujuan membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli. Bukan itu sahaja, program sebegini dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang peranan YWM serta mengelakkan mereka dari rasa terpinggir.

 

Diharapkan program yang diadakan akan terlaksana dengan jayanya dan membawa kebaikan bersama kepada YWM, penaja, rakan strategik serta penerima sumbangan.

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin WAKAF PRIHATIN, KAMPUNG ORANG ASLI LUBUK LEGONG, BALING, KEDAH