Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

18 Ogos 2015, Selasa: Satu majlis penyerahan kunci 1 projek Bazar Wakaf Rakyat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Terengganu telah diadakan di Perkarangan Bazar Wakaf Rakyat  di Lot 2466 Kampung Pulau Kerengga Marang Terengganu. Majlis telah dihadiri oleh YBhg Dato Prof Dr Sudin Haron selaku Ketua Pegaai Eksekutif YWM, Encik Abdul Halim Mat Yusop dan Puan Maya Idura Sabar, Pengurus dan Eksekutif Bahagian Projek dan Pembangunan Perniagaan YWM. Pihak JKR Terengganu selaku pelaksana projek telah diwakili oleh Jurutera Daerah Marang iaitu  YBrsh. Encik Wan Adib Wan Mohd Taufek.

   

 

Pelaksanaan projek ini merupakan kerjasama tiga (3) agensi iaitu YWM, MAIDAM dan JKR. Sekalung tahniah diucapkan kepada kontraktor yang terlibat menyiapkan projek Bazar Wakaf Rakyat YWM ini. Projek kecil berbentuk ekonomi ini diharapkan dapat membantu usahawan muslim dalam konteks penyediaan premis perniagaan mampu sewa. Ianya juga dijangka akan menjana pulangan secara berterusan kepada dana wakaf bagi meneruskan kesinambungan pembangunan harta wakaf yang lain.

  

Selain daripada itu, YWM juga komited memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi meningkatkan dan mengembangkan potensi wakaf demi pembangunan ekonomi yang merupakan tonggak kekuatan ummah terutama umat Islam di Malaysia.

 

Acara kemuncak adalah menandatangani dokumen penyerahan projek antara JKR dan YWM dan seterusnya penyerahan replika kunci bangunan daripada pihak kontraktor kepada JKR yang seterusnya menyerahkan kepada YWM. YWM seterusnya menyerahkan kunci projek kepada pihak MAIDAM untuk pengurusan dan pengoperasian Bazar Wakaf Rakyat lokasi  tersebut. 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PROJEK BAZAR WAKAF RAKYAT YAYASAN WAQAF MALAYSIA MELALUI PERUNTUKAN TAHUN 2013 DI TERENGGANU