Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

 

30 Oktober 2014 : Satu majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat telah diadakan di Masjid An Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur sempena pembukaan Wakaf Mart oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diuruskan oleh Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB), anak syarikat milik penuh YWM. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, solat hajat  yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid An-Najihin dan ucapan aluan daripada YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM. Turut hadir dalam masjlid tersebut ialah YBhg. Dato’ Prof. Dr. Haji Sudin bin Haron, Pengerusi PWNB merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM dan YBrsh. Encik Che Husain bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Wakaf Mart dibangunkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui peruntukan pembangunan Bajet 2010 YWM. Wakaf Mart adalah kedai serbaneka berkonsepkan kedai harga patut yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian yang halal, berkat dan menjimatkan kepada penduduk setempat serta seluruh masyarakat. YWM dan PWNB merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut terutama kepada Tuan Imam dan Ahli Jawatankuasa masjid serta ahli kariah masjid An Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEMBUKAAN WAKAF MART YAYASAN WAQAF MALAYSIA DI MASJID AN NAJIHIN, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS, KUALA LUMPUR