Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Pada 22-24 Ogos 2014 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sekali lagi  menyertai Karnival Hijrah yang dianjurkan oleh TV Al-Hijrah kali ini bertempat di perkarangan Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah. Karnival yang julung kalinya di adakan di luar semenangjung ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan booth daripada TV Al-Hijrah sendiri, pameran dan jualan dari peserta yang terlibat. Booth YWM yang dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung di sekitar Kota Kinabalu. Disamping memperkenalkan YWM kepada masyarakat, kutipan Wakaf Tunai Malaysia juga turut dijalankan menerusi sistem Wakaf Tunai Malaysia, potongan gaji dan melalui tabung Wakaf Tunai yang disediakan.Karnival ini diakhiri dengan persembahan selawat Malam Cinta Rasul yang di ketuai oleh kumpulan Al-Maulid.

           

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin KARNIVAL HIJRAH 2014 DI PERKARANGAN MASJID NEGERI KOTA KINABALU, SABAH