Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Pada  5 sehingga 8 Jun 2014 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah  menyertai Karnival Terengganuku Sayang  yang dianjurkan oleh ETM Prima Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Belia Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu yang bertempat di perkarangan Stadium Negeri Kuala Terengganu, Terengganu. Karnival ini juga turut dimeriahkan dengan Kejohanan Sepak Takraw 1 Malaysia, Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika KEMAS, Pertandingan Masakan dan Gubahan Sirih Junjung Jiran Wanita, pembukaan booth agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, JPAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan swasta serta jualan dari peserta yang terlibat. Booth YWM yang dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Disamping memperkenalkan YWM kepada masyarakat, kutipan Wakaf Tunai Malaysia juga turut dijalankan melalui tabung Wakaf Tunai dan borang potongan gaji yang disediakan. 

    

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin KARNIVAL TERENGGANUKU SAYANG