Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Pada 12-14 Jun 2014 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sekali lagi  menyertai Karnival Hijrah yang dianjurkan oleh TV Al-Hijrah bertempat di perkarangan Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Karnival ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan booth daripada TV Al-Hijrah sendiri, pameran dan jualan dari peserta yang terlibat. YWM yang diwakili oleh Eksekutif Kanan Bahagian Pemasaran dan Penyelarasan, Cik Haidatul Azia binti Husin juga muncul secara live di TV Al-Hijrah di slot Assalamualaikum. Booth YWM yang dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung walaupun hujan lebat pada hari kedua pameran. Disamping memperkenalkan YWM kepada masyarakat, kutipan Wakaf Tunai Malaysia juga turut dijalankan menerusi sistem Wakaf Tunai Malaysia, potongan gaji dan melalui tabung Wakaf Tunai yang disediakan. 

    

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin KARNIVAL HIJRAH 2014 DI KOMPLEKS BALAI ISLAM LUNDANG, KOTA BHARU, KELANTAN