Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia telah melancarkan Sijil Wakaf Bangunan YWM pada 27 Julai 2020 yang lalu bersempena dengan Ulang Tahun ke - 12 YWM.

Sijil Wakaf Bangunan merupakan sijil wakaf yang diterbitkan ke atas bangunan yang dibeli oleh YWM dengan mendahulukan dana lain selain dana wakaf. Sehingga kini, YWM telah membeli 2 unit kedai pejabat yang terletak di Bangi Gateway, Selangor. Melalui 2 unit kedai pejabat ini, YWM telah mewujudkan sebanyak 555,970 unit sijil dengan nilai setiap unit sijil adalah RM25.00. Setelah semua unit terjual, bangunan ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan YWM akan diberi hak untuk menguruskan aset tersebut bagi suatu tempoh yang dipersetujui bersama antara YWM dan MAIS. Dalam masa yang sama, bangunan yang dibeli ini akan disewa kepada pihak lain dan hasilnya akan turut digunakan bagi tujuan kebajikan ummah.

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin MAJLIS PELANCARAN WAKAF BANGUNAN DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN YWM KE -12