Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

 18 Julai 2020: Misi Musaadah Covid19 JAWHAR – Yayasan Waqaf Malaysia - Yayasan Taqwa MAIWP - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di Dewan Orang Ramai, Kampung Sena Rendang, Bukit Payong, Marang, Terengganu yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Program Musaadah Covid 19 YaPEIM.

Turut hadir, Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu yang juga ADUN Bukit Payong, YB Ustaz Haji Mohd Nor Hamzah; Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR; Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM; Puan Parihah binti Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM; dan Tuan Haji Zabidi Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif YTWP.

Bantuan barangan keperluan harian dengan nilai keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.00 ini akan memberi manfaat kepada 100 penerima yang telah dikenalpasti terjejas akibat krisis Covid19.

Sebagai makluman, sumbangan daripada Yayasan Waqaf Malaysia ini menggunakan Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif MUSAADAH COVID19 yang telah diumumkan oleh YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pada 19 Mac yang lalu.

 

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin MUSAADAH COVID19 DI MARANG, TERENGGANU