Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

17 Julai 2020: Misi Musaadah Covid19 JAWHAR – Yayasan Waqaf MalaysiaYayasan Taqwa MAIWPMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Program Musaadah Covid 19 YaPEIM.

Turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali.

Bantuan barangan keperluan harian dengan nilai keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.00 ini akan memberi manfaat kepada 100 penerima yang telah dikenalpasti terjejas akibat krisis Covid19.

Sebagai makluman, sumbangan daripada Yayasan Waqaf Malaysia ini menggunakan Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif MUSAADAH COVID19 yang telah diumumkan oleh YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pada 19 Mac yang lalu.

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin MUSAADAH COVID19 DI KUALA NERUS, TERENGGANU