Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

10 Julai 2020: Misi Musaadah Covid19 JAWHARYayasan Waqaf Malaysia - Yayasan Taqwa MAIWP - Majlis Agama Islam Melaka di JAPERUN Pantai Kundor yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Program Musaadah Covid 19 YaPEIM.

Turut hadir, ADUN Pantai Kundor, YB Datuk Nor Azman Hassan; Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Azhan bin Samat dan Mufti Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil.

Bantuan barangan keperluan harian dengan nilai keseluruhan sumbangan bernilai RM2,500.00 ini akan memberi manfaat kepada 50 penerima yang telah dikenalpasti terjejas akibat krisis Covid19.

Sebagai makluman, sumbangan daripada Yayasan Waqaf Malaysia ini menggunakan Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif MUSAADAH COVID19 yang telah diumumkan oleh YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pada 19 Mac yang lalu.

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin MUSAADAH COVID19 DI PANTAI KUNDOR, MELAKA