Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Pada 11 Mei 2019, Yayasan Waqaf Malaysia telah turut bersama menjayakan Program Kembara Rahmah Nur Ramadan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Surau Al-Mukmin, Perumahan Rakyat, Kampung Pak Mahat, Kuantan, Pahang.

Menerusi program yang telah disempurnakan oleh YB Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu, YWM telah menyediakan 200 pek Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin yang berupa makan keperluan harian seperti beras, minyak, gula, tepung, sardin untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Selain YWM, JAWHAR, YaPEIM dan Yayasan Taqwa juga menyediakan sumbangan untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.

Kemuncak program adalah agihan bubur lambuk kepada masyarakat setempat dan pengunjung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan.

YWM diwakili oleh Dato' Prof. Dr. Sudin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif dan Cik Haidatul Azia binti Husin, Eksekutif Kanan Pemasaran dan Penyelarasan.

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin KEMBARA RAHMAH NUR RAMADAN DI SURAU AL-MUKMIN, PERUMAHAN RAKYAT, KAMPUNG PAK MAHAT, KUANTAN, PAHANG