Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Pada 17 Mei 2019 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia telah turut bersama menjayakan Program Kembara Rahmah Nur Ramadan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Masjid Al-Maqbul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Menerusi program yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu, YWM telah menyediakan 125 pek Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin yang berupa makan keperluan harian seperti beras, minyak, gula, tepung, sardin untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Selain YWM, JAWHAR, YaPEIM dan Yayasan Taqwa juga menyediakan sumbangan untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.

YWM diwakili oleh Dato' Prof. Dr. Sudin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pengurus Projek dan Pembangunan Perniagaan.

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin KEMBARA RAHMAH NUR RAMADAN DI MASJID AL-MAQBUL, TELUK KUMBAR, PULAU PINANG