Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

28 Mei 2016, Jerai, Kedah – Di bawah program Pembudayaan Wakaf, YWM telah melaksanakan program Wakaf Prihatin atau program turun padang untuk mendekati golongan yang kesempitan hidup serta memerlukan. Program yang disekalikan bersama kayuhan ini turut disertai oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi YWM. Kayuhan bermula dari Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin, Yan dan berakhir di Kampung Sungai Genuak Luar. Seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada Hulubalang Wakaf, ketua bahagian dan penduduk tempatan telah menyertai kayuhan amal ini.

  

 

 

YB Menteri telah mengetuai pemberian goodies bag di checkpoint 1, Pekan Sehari Sungai Limau kepada peniaga serta pengunjung yang berkunjung di pekan sehari. Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin diteruskan lagi di lokasi terakhir kayuhan iaitu di Dewan Orang Ramai kampong Sungai Genuak Luar. Seramai 250 penerima sumbangan menerima barangan berbentuk bekalan makanan kering yang disampaikan sendiri oleh YB Menteri. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi mEnjayakan program kayuhan amal ini.

  

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin PROGRAM KAYUHAN AMAL AMBANG RAMADAN ANJURAN YAYASAN WAQAF MALAYSIA DI BAWAH PROGRAM WAKAF PRIHATIN PERINGKAT PARLIMEN JERAI