Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Program Kayuhan Prihatin Wakaf diteruskan lagi di destinasi seterusnya iaitu di Kuala Terengganu. Program yang berlansung pada 23 April 2016 telah disertai seramai 200 peserta yang terdiri daripada Hulubalang Wakaf, Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Persatuan Berbasikal Terengganu dan orang awam. Kayuhan bermula dan berakhir di Hotel Grand Puteri (JAWHAR-MAIDAM), Kuala Terengganu. Majlis Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin kali ini diadakan di checkpoint ke-2 kayuhan, Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar MAIDAM, Batu Rakit. Seramai 136 pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah beserta alat tulis. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang DiPertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail.

  

 

Kayuhan di teruskan ke checkpoint ke-3, Simpang Pasar Bulatan Batu 6. Pemberian goodies YWM MAIDAM telah disampaikan oleh Hulubalang Wakaf kepada peniaga dan orang awam yang berkunjung ke pasar berkenaan. Ianya merupakan salah satu objektif program kayuhan ini iaitu memberi kefahaman dan memupuk kesedaran mengenai amalan berwakaf kepada semua lapisan masyarakat melalui aktiviti sukan.

  

 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada MAIDAM, IPK Negeri Terengganu, MSN Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, JPA Negeri Terengganu, JKR Negeri Terengganu, RELA Terengganu, Persatuan Berbasikal Teregganu, Hotel Grand Puteri (JAWHAR-MAIDAM) Kuala Terengganu dan semua pihak yang telah menjayakan program kayuhan ini.

  

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin KAYUHAN PRIHATIN WAKAF 2016 DI TERENGGANU