Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Program Kayuhan Prihatin Wakaf 2016 buat pertama kalinya diadakan di Negeri Perlis pada 26 Mac 2016. Dianggarkan seramai 200 peserta yang terdiri daripada Hulubalang Wakaf, Persatuan Berbasikal Perlis dan orang awam telah menyertai program ini. Kayuhan bermula dan berakhir di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar. Majlis Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin turut diadakan di checkpoint 1 kayuhan, UNIMAP Pauh, Arau. Seramai 100 penerima telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.  Program ini mendapat tajaan daripada CIMB Islamik dan PNB. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga Perlis yang telah menyertai program ini.

  

  

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin KAYUHAN PRIHATIN WAKAF 2016 DI PERLIS