Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Pada 23 Disember yang lalu, Program Wakaf Prihatin anjuran Yayasan Waqaf Malaysia diteruskan lagi dan lokasi yang terpilih pada kali ini adalah Perkampungan Orang Asli yang terletak di Kampung Tumboh Hangat, Daerah Perak Tengah, Negeri Perak Darul Ridzuan. Seramai 100 ketua isi rumah dan masyarakat orang asli Suku Semai dijemput bagi menerima bantuan sumbangan mesra tersebut.

  

Majlis Sumbangan Mesra tersebut turut dihadiri oleh wakil pihak penaja iaitu Encik Mohd Huzaini Bin Hamdi dari CIMB Islamic Bank Berhad, Ustaz Mohd Lutfi Bin Hilmi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP), Puan Rodziana Binti Akhiruddin Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), En Idrus dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Perak dan wakil-wakil rakan strategik daripada Majlis Agama Islam ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Majlis Sumbangan Mesra dimulakan dengan ucapan oleh Tok Batin Kampung Tumboh Hangat dan wakil Ketua Bahagian Yayasan Waqaf Malaysia Encik Mohd Asyran Safwan Bin Kamaruzaman, Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan berbentuk bekalan makanan kering oleh wakil-wakil penaja.

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin PENYAMPAIAN SUMBANGAN MESRA WAKAF PRIHATIN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI TUMBOH HANGAT, PERAK TENGAH, PERAK