Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

GERIK, 16 NOV 2015 – Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Mesra kepada Masyarakat Orang Asli RPS Banun telah diadakan bersempena Program Khatan Jamaie Masyarakat Orang Asli Daerah Hulu Perak Tahun 2015 anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk).

  

 

Ketibaan delegasi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dirai dengan paluan kompang oleh masyarakat setempat dan warga Sekolah Kebangsaan RPS Banun. Pada majlis berkenaan, Cik Haidatul Azia Husin selaku Eksekutif Kanan Pemasaran dan Penyelarasan telah merasmikan majlis ini mewakili Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Ustaz Mohd Zuhadi Mohamad Saarani, Ketua Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Perak / Kedah yang hadir mewakili MAIPk dan Jabatan Agama Islam Perak pada masa yang sama turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak dalam usaha meraikan saudara-saudara baru berkhatan kerana secara tidak lansung dapat memberi galakkan dan semangat kepada masyarakat orang asli dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam.

  

Seramai 35 keluarga peserta yang terdiri daripada masyarakat orang asli RPS Banun, Kg. Sg. Raba, Kg. Desa Damai, Kg. Desa Permai, Kg. Pengakalan dan Kg. Kabel telah terlibat dalam dalam program ini menerima bantuan berbentuk bekalan makanan kering. 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MESRA OLEH YAYASAN WAQAF MALAYSIA KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI RPS BANUN, DAERAH HULU PERAK