Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Pada 19 November 2015 yang lalu, Program Wakaf Prihatin anjuran Yayasan Waqaf Malaysia diteruskan setelah 12 siri program ini dijalankan di seluruh Malaysia sejak dimulakan pada Mei lalu. Lokasi kali ke 13 ini diadakan di Perkampungan Orang Asli Guntur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis yang dihadiri oleh 88 ketua keluarga dari suku Temuan ini turut dihariri oleh ahli keluarga masing-masing.

  

Majlis turut dihadiri oleh wakil pihak penaja iaitu Encik Mohd Huzaini bin Hamdi dan Encik Zainal Abidin bin Abd Aziz dari CIMB Islamic Bank Berhad, Ustaz Mohd Lutfi bin Hlimi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Encik Zainal bin Said, Pemangku Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Encik Mohd Noor bin Yaakob, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Pilah/Tampin.

Ketibaan para tetamu telah disambut meriah oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Tok Batin Jani bin Panglima Alang dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Gubtur, Ustaz Ikhwan bin Abdullah.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tok Batin Kampung Orang Asli Guntur dan wakil Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Pn. Nur Syaffina binti Ab Rahim. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada wakil-wakil penaja

  

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin PENYAMPAIAN SUMBANGAN MESRA WAKAF PRIHATIN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI GUNTUR, KUALA PILAH