Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

KUALA KANGSAR, 6 NOV 2015 – Buat julung kalinya, Program Wakaf Prihatin anjuran Yayasan Waqaf Malaysia telah diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan selepas 11 siri program ini dijalankan di seluruh Malaysia sejak dimulakan pada Mei lalu. Lokasi yang terpilih adalah di Perkampungan Orang Asli Bukit Cermin, Kuala Kangsar. Satu majlis penyampaian sumbangan mesra telah diadakan bagi memberi bantuan kepada 60 ketua keluarga masyarakat orang asli yang terdiri dari suku Temiar itu.

  

Turut dihadir bagi menjayakan majlis ini adalah wakil-wakil dari pihak penaja iaitu Encik Huzaini Hamdi dari ibu pejabat CIMB Islamic Berhad dan Puan Rozita binti Yahaya, Pengurus CIMB Bank Daerah Kuala Kangsar serta Ustaz Mohd Azrul bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama-sama rakan strategik Program Wakaf Prihatin YWM ini, iaitu, Ustaz Suhaimi Yusoff, Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar mewakili Majlis Agama Islam dan ‘Adat Istiadat Melayu Perak dan Puan Che Maznah Mohamad Yusof, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Kangsar.

   

Ketibaan para tetamu telah disambut meriah oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Tok Batin Omar bin Pandak dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Bukit Cermin, Ustaz Azmi Md Dom.

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin PENYAMPAIAN SUMBANGAN MESRA WAKAF PRIHATIN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI BUKIT CERMIN, KUALA KANGSAR