SIJIL WAKAF TUNAI PENDIDIKAN


RM 200,054.00

INFO PROJEK
Keterangan :
Merupakan skim wakaf di mana YWM mempelawa orang ramai berwakaf dengan menggunakan wang tunai. Wang tunai yang dikutip akan dilaburkan dan pulangan (manfaat dari pelaburan) akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti kebajikan berkaitan dengan pendidikan. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif pendidikan mengikut kesesuaian dan peraturan yang digunapakai.
TUJUAN PROJEK
Keterangan :

Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Membiayai pembelian alat-alat pendidikan untuk kebajikan masyarakat;
  2. Membiayai belian peralatan atau pakaian untuk murid-murid yang kurang berkemampuan;
  3. Membiayai kos ubah suaian atau tambahan kemudahan pendidikan di mana- mana pusat pendidikan yang bersesuaian; dan
  4. Membantu membiayai kos pendidikan yang diperlukan.