Keterangan : |
myWaqafPTPTN merupakan kerjasama kutipan wakaf tunai PTPTN-YWM yang berasaskan kepada Skim Wakaf Tunai Malaysia (WTM) sedia ada, di mana Dana Pokok akan dilaburkan dalam pelaburan patuh Syariah dan hasil pelaburan yang dikategorikan sebagai Dana Manfaat Wakaf akan diagihkan kepada benefisiari yang disasarkan. Benefisiari merupakan pelajar di peringkat pengajian tinggi yang akan dipilih berasaskan faktor kewangan keluarga, pencapaian akademik dan kemahiran tambahan berdasarkan garis panduan sedia ada. |
Keterangan : |
Matlamat kerjasama YWM bersama PTPTN bagi MyWaqafPTPTN ialah: 1. Membantu mahasiswa melalui bantuan pendidikan berbentuk biasiswa; 2. Meningkatkan motivasi kepada mahasiswa di dalam menyediakan peluang bagi melanjutkan pengajian pendidikan; 3. Menggalakkan mahasiswa untuk berwakaf bagi membantu mahasiswa yang lain; 4. Mengurangkan kebergantungan mahasiswa kepada pinjaman pendidikan; dan 5. Mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman atau keberhutangan oleh mahasiswa.
|