TUNAI WAKAF BANK RAKYAT - YAYASAN WAQAF MALAYSIA


RM 54,585.70

INFO PROJEK
Keterangan :
Merupakan satu kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Bank Rakyat dengan mewujudkan satu produk wakaf yang baharu iaitu Tunai Wakaf Bank Rakyat - Yayasan Waqaf Malaysia.
TUJUAN PROJEK
Keterangan :

a. Tunai Wakaf Bank Rakyat - Yayasan Waqaf Malaysia ini menggunakan konsep di mana pewakaf menyerahkan sejumlah wang untuk dikekalkan wang tunai tersebut sebagai ayn wakaf. Wang tunai ini kemudiannya akan dilaburkan dalam produk-produk perbankan patuh syariah dan hasil yang diperolehi akan diiktibarkan sebagai dana manfaat wakaf.

b. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tabungan dana wakaf dan mengoptimumkan hasil pelaburan dana wakaf pokok. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil dana manfaat wakaf yang akan turut akan dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan.


c. Bagi tujuan pelaksanaan kerjasama ini, Bank Rakyat telah menawarkan dana wakaf sebanyak RM1 juta sebagai matching grant di mana bagi setiap ringgit yang disumbangkan oleh pewakaf individu ke platform yang disediakan oleh Bank Rakyat, Bank Rakyat akan mewakafkan pada nilai yang sama kepada Dana Wakaf Tunai ini.