TABUNG CAKNA ARMALAH (FASA 1)


RM 36,721.23

20.4006833333

RM 180,000.00

20%
INFO PROJEK
Keterangan :
Tabung Cakna Armalah merupakan sebuah insiatif pewujudan tabung dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad. Berpaksikan kutipan melalui wakaf tunai, tabung ini telah diwujudkan bagi menyantuni dan memenuhi keperluan golongan disasarkan iaitu golongan armalah.
TUJUAN PROJEK
Keterangan :

a. Tabung Cakna Armalah merupakan satu tabung yang akan memberi fokus kepada penjanaan dana wakaf tunai bagi menyantuni golongan armalah iaitu ibu tunggal dan janda / balu. Kedudukan golongan armalah ini adalah amat penting dan telah diberikan perhatian khusus di dalam Syara' melalui panduan Al-Quran dan Sunnah.

b. Justeru, dengan kerjasama in YWM akan memberi fokus kepada perkara-perkara seperti pendanaan dana, penghasilan program dan aktiviti sosio-ekonomi, pengagihan bagi tujuan mengimbangi keperluan asas hidup dan juga menyantuni golongan armalah kurang upaya (OKU).