Keterangan : |
Tabung Wakaf Masjid Hijau merupakan produk wakaf yang diwujudkan melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. |
Keterangan : |
Wakaf Masjid Hijau ini merupakan sumber pendanaan bagi projek-projek pembangunan masjid-masjid di Malaysia yang berasaskan teknologi hijau serta menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya di kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat, antaranya: a) penukaran kepada lampu light-emitting diode (LED) dari dana manfaat; b) penukaran kepada kipas atau penghawa dingin yang cekap tenaga; c) pemasangan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH); d) penukaran kepada pili cekap air; e) penyediaan kiosk pengumpulan barang kitar semula; f) pembangunan kepada tenaga elektrik melalui Tenaga Boleh Baharu; g) pembangunan kepada bekalan air melalui sumber alternatif; h) pembelian barang kelengkapan dan produk hijau yang diiktiraf MyHijau Mark; i) pembangunan kebun komuniti di kawasan masjid; dan j) penukaran peralatan teknologi hijau terkini selain item (a) hingga (g) di atas. |