Keterangan : |
Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia YWM, kerjasama antara YWM dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC). |
Keterangan : |
Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM50,000 di Semenanjung manakala RM75,000 bagi Sabah dan Sarawak, antaranya: a. Sistem pengepaman sumber air dari perigi; b. Pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off); c. Dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan d. Penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan. |